ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN VIII - PLIDING
Seksyen 64. Defendan hendaklah menyampaikan pembelaan
(1) Defendan yang mempertikaikan tanggungannya bagi keseluruhan atau sebahagian mana-mana tuntutan dalam tindakan itu boleh—
(a)
pada bila-bila masa sebelum hari kehadiran, menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan; atau
(b)
hadir pada hari kehadiran dan mempertikaikan tuntutan plaintif.
(2) Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan suatu pembelaan dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkannya.
(3) Pembelaan hendaklah dikemukakan dalam Borang MS 16.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.