ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 101. Pertukaran nama Mahkamah Kadi Besar.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasa Enakmen ini. Mahkamah Kadi Besar hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Syariah, dan hendaklah dianggap sebagai Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 36 Enakmen ini.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa Enakmen ini memegang jawatan Kadi Besar hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, dianggap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.