ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 58. Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun ketiadaan Hakim.

(1) Jika dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam suatu rayuan atau pada bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit atau sebab-sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim mahkamah itu, maka, jika kedua pihak bersetuju pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakiman atau penghakiman yang ditangguh, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim mahkamah yang ada itu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, mahkamah hendaklah dianggap telah dianggotai dengan sempurnanya.

(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut di dalam subseksyen (1) jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula.

(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberi persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.