ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB IX - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 78. Bila cara melakukan kesalahan itu mesti dinyatakan.

Apabila jenis kes adalah sedemikian sehingga butir-butir yang disebut dalam dua seksyen yang terakhir sebelum ini tidak memberi pemakluman yang mencukupi kepada tertuduh itu mengenai perkara yang dia dipertuduhkan maka pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi butir-butir mengenai cara bagaimana kesalahan yang dikatakan itu telah dilakukan sebagaimana yang mencukupi bagi maksud tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.