ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 12. Memeriksa orang yang berada di mana-mana tempat yang digeledah dengan waran.

Apabila pengeledahan ke atas apa-apa benda dijalankan dengan sah di mana tempat berkenaan dengan sesuatu kesalahan, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah hingga habis pengeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu berupa bentuk yang boleh disembunyikan pada badan orang itu maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.