ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 6. Keahlian Majlis.

(1) Majlis hendaklah mengandungi ahli-ahli yang berikut iaitu-
(2) Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen (1) hendaklah orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(3) Jika pada sesuatu masa, orang yang memegang jawatan yang disebut di subperenggan (i), (ii) dan (iii) dalam perenggan (
e) ialah bukan Islam, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah melantik seorang pegawai Islam dari jabatan yang sama menjadi ahli menggantikan orang tersebut.

(4) Ahli-ahli yang tempoh jawatannya telah tamat bolehlah dilantik semula.

(5) Tidak boleh dilantik seseorang sebagai ahli Majlis melainkan ianya seseorang yang berumur lebih daripada dua puluh satu tahun yang beragama Islam.

(6) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasanya seksyen ini adalah Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Majlis sehingga tamat tempoh perlantikannya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.