ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997
BAHAGIAN VIII - AM
Seksyen 231. Pemberhentian pemakaian Enakmen.
(1) Seksyen 77 hingga 93 Enakmen Pentadbiran dan mana-mana peruntukan lain Enakmen Pentadbiran berhubungan dengan prosiding jenayah adalah dengan ini terhenti terpakai bagi Negeri Johor.
(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah apabila Kanun ini mula berkuatkuasa, peruntukan Kanun ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.