ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 12. Cara dan masa merayu.

(1) Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk merayu di bawah perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 11 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan usaha yang munasabah boleh mengetahuinya, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas alasan khas, melanjutkan masa untuk merayu walau pun masanya telah habis tempoh sekiranya permohonan untuk melanjutkan masa untuk merayu dibuat oleh mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) seksyen 11.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.