ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 174. Orang hendak dilepaskan.


(1) Sebaik sahaja bon telah dilaksanakan orang yang berkenaan hendaklah dilepaskan dan apabila dia ditahan di penjara Mahkamah yang memberi jaminan itu hendaklah mengeluarkan perintah pembebasan kepada Penguasa Penjara dan pegawai itu, apabila dia menerima perintah itu, hendaklah melepaskan orang itu serta-merta.

(2) Tiada apa pun yang disebut di dalam seksyen ini, seksyen 171 boleh disifatkan menghendaki seseorang itu dilepaskan jika orang itu boleh ditahan mengenai satu perkara lain dari perkara yang mengenainya bon itu dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.