ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 35. Cara penyampaian.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini dan Bahagian VII, penyampaian tiap-tiap dokumen hendaklah ke atas diri orang itu sendiri, dan hendaklah disempurnakan secara menyerahkan dokumen itu atau mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan salinannya. Suatu salinan yang mengandungi meteri Mahkamah dan tandatangan pegawai pemeriksanya hendaklah bagi maksud ini disifatkan sebagai dokumen asal.

(2) Penyampaian tersebut hendaklah disempurnakan oleh pegawai Mahkamah itu atau Mahkamah yang lain:

Dengan syarat bahawa dengan kebenaran Mahkamah itu mana-mana dokumen bolehlah disampaikan oleh mana-mana orang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.