ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN VIII - KUASA-KUASA MAJLIS
Seksyen 34. Kuasa Majlis melantik Pendaftar wakaf.
Majlis hendaklah melantik di kalangan pekhidmat awam Persekutuan atau Negeri seorang Pendaftar Wakaf yang bertanggungjawab untuk-
(a)
menyimpan dan menyenggara suatu daftar bagi semua Wakaf dalam bentuk atau cara yang ditentukan oleh Majlis; dan
(b)
memegang dan menyimpan segala suratcara, dokumen hak milik atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan semua wakaf yang terletak hak kepada Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.