ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993
BAHAGIAN VII - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA
Seksyen 47. Bila dibenarkan.
(1) Mahkamah boleh memerintah penyampaian di luar bidang kuasanya mana-mana surat perintah apabila -
(a)
keseluruhan hal-perkara suatu tindakan yang dibawa dengan sempurna dalam Mahkamah ialah berkenaan harta tak alih yang berada di dalam Sabah (dengan atau tanpa sewa, keuntungan atau ganti rugi); atau
(b)
mana-mana relif yang dituntut terhadap mana-mana orang yang bermukim atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di dalam Sabah; atau
(c)
seseorang di luar Sabah adalah suatu pihak yang perlu atau patut kepada mana-mana tindakan yang diambil di dalam Mahkamah terhadap orang lain yang dengan sempurnanya telah disampaikan di dalam Sabah; atau
(d)
pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan atau tuntutan dibuat adalah di dalam Sabah.
(2) Mana-mana perintah yang mengizinkan supaya dilaksanakan penyampaian tersebut hendaklah mengarahkan cara penyampaian wajar dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.