ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XXIX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 214. Saksi pakar.

(1) Seorang yang perlu menghadiri Mahkamah sebagai saksi pakar boleh dibenarkan pembayaran fee kerana kelayakan menjadi seorang pakar dan kerana memberi keterangan, dan kadarnya adalah sebagaimana yang ditetapkan.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 213 keperluan menghadiri Mahkamah hendaklah ditentukan mengikut lamanya sesuatu perbicaraan itu biasa dijalankan. Kehadirannya boleh menjadi perlu walaupun saksi itu tidak sebenarnya dipanggil dan walaupun sapina tidak dikeluarkan kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.