ENAKMEN 4 TAHUN 2006
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 2006

BAHAGIAN VI-KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 82. Anggaran pendapatan dan belanjawan

(1) Majlis hendaklah, menyediakan dan menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, tidak lewat daripada 31 Oktober dalam setiap tahun, anggaran kesemua pendapatan dan perbelanjaan Majlis, tennasuk anggaran segala harta dan segala barang boleh lupus, berkenaan dengan tahun yang berikutnya.

(2) Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah, selepas berunding dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, boleh meluluskan anggaran itu atau boleh mengarahkan supaya ia dipinda.

(3) Anggaran yang diluluskan, dengan atau tanpa pindaan di bawah subseksyen (2), hendaklah disiarkan dalam Warta.

(4) Majlis boleh pada bila-bila masa menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Pemerintah anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa, atau, pada bila-bila masa sebelum 31 Mac dalam mana-mana tahun, berkenaan dengan tahun yang sebelumnya, dan anggaran itu boleh diluluskan atau dipinda, dan hendaklah disiarkan, mengikut subseksyen (2) dan (3).

(5) Tiada wang boleh dibelanjakan, atau harta dilupuskan dalam bentuk barang, kecuali mengikut anggaran yang diperuntukkan dalam seksyen ini dan dengan berdasarkan baucar yang ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana pegawai Majlis atau mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.