ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 123. Tuntutan bersama.

Jika penghakiman diberikan bagi sejumlah wang atas tuntutan dan tuntutan balas kedua-duanya, Mahkamah boleh menolak satu daripada yang satu lagi dan memberikan penghakiman bagi bakinya sahaja tetapi tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah tentang kos sebagaimana yang difikirkannya adil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.