ENAKMEN 11 TAHUN 1981
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN UGAMA BUKAN ISLAM 1981


Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang Islam berumur di bawah lapan belas tahun kepada pengaruh-pengaruh ugama bukan Islam

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan, atau membiarkan seorang lain di bawah umur lapan belas tahun yang berugama Islam supaya menerima ajaran dalam bidang ugama bukan Islam, atau supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah, atau aktiviti keugamaan ugama bukan Islam atau apa-apa aktiviti yang dianjurkan atau dikelolakan oleh atau yang dijalankan untuk faedah suatu ugama bukan Islam atau apa-apa badan atau institiusi yang bertalian dengan suatu ugama bukan Islam.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyenkecil (1) boleh dikenakan denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya.

(3) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyenkecil (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, telah diberitahu oleh ibu, bapa, atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu bahawa orang itu bukanlah orang Islam.

(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyenkecil (1) bahawa orang yang dituduh itu, sebelum kesalahan yang dikatakan itu, tidak diberitahu oleh ibu, bapa, atau penjaga orang yang berumur di bawah lapan belas tahun itu akan ugama orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.