ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 6 - CARA MENGAMBIL DAN MEREKODKAN KETERANGAN DALAM PERBICARAAN.



Seksyen 115. Menterjemahkan keterangan kepada tertuduh.

(1) Apabila mana-mana keterangan diberikan dalam bahasa atau isyarat yang tidak boleh difahami oleh tertuduh, dan dia sendiri hadir, keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka dalam bahasa yang dia boleh fahami.

(2) Bila dokumen-dokumen telah dikemukakan bagi tujuan pembuktian rasmi, Mahkamah hendaklah mempunyai budibicara untuk menterjemahkannya sebanyak mana daripadanya yang didapati perlu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.