ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991
BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau urf dipersoalkan.
Jika soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau urf maka nyataan yang berikut adalah qarinah-
(a)
Apa-apa urusan dengannya hak atau urf yang berkenaan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak bersesuaian dengan adanya hak atau urf itu;
(b)
Hal-hal tertentu dalam mana hak atau urf itu telah dituntut, diktiraf atau digunakan atau dalam mana penggunaan hak atau urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.