ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VII - BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH MENGENAI PERBICARAAN



Seksyen 67. Tempat perbicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab berkaitan dengan kesalahan lain.

Jika sesuatu perbuatan adalah suatu kesalahan oleh sebab berkaitannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga adalah suatu kesalahan atau yang menjadi suatu kesalahan jika orang yang melakukannya itu berkebolehan melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang pertama tersebut itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana salah satu perbuatan itu telah dilakukan.

MISALAN

Suatu pertuduhan subahat boleh dibicarakan sama ada oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana subahat itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah di dalam bidangkuasa tempatan di mana kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.