ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
PERLANTIKAN DAN PENUBUHAN MAHKAMAH



Seksyen 63. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan.

(1) Di dalam mana-mana rayuan Mahkamah Rayuan bolehlah:

(2) Apabila sesuatu rayuan diserahkan atau sesuatu permohonan untuk kebenaran merayu dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan, maka rayuan yang demikian hendaklah dibawa atau permohonan untuk kebenaran merayu hendaklah dibuat dengan memberi atau mengemukakan notis atau petisyen yang sesuai dalam tempoh empat belas hari selepas tindakan, tinggalan, hukuman, perintah atau keputusan yang dirayukan atau berkenaan dengan permohonan membenarkan rayuan atau jika sekiranya pihak yang membuat rayuan pada masa dijatuhkan hukuman itu tidak mengetahui akannya dan sungguhpun telah menjalankan ikhtiar yang berpatutan tidak juga sampai ke pengetahuannya untuk mengemukakan dalam tempoh empat belas hari selepas tindakan, tinggalan, hukuman, perintah atau keputusan:

Dengan syarat bahawa Mahkamah Rayuan apabila menyemak permohonan membenarkan rayuan bolehlah dengan sebab-sebab khas melanjutkan masa untuk merayu walaupun tempohnya telah luput.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.