ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN (PLIDING)



Seksyen 56. Pembelaan terhadap tuntutanbalas.

(1) Apabila mana-mana defendan menuntutbalas, plaintif hendaklah jika ia ingin membela tuntutanbalas, memfail dan menyebab untuk disampaikan kepada pihak defendan suatu pembelaan kepada tuntutanbalas itu dalam tempoh masa seperti yang diarah oleh Mahkamah.

(2) Jika plaintif gagal mematuhi peruntukan subseksyen (1), Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan bersesuaian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.