ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN VII - ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 66. Kuasa Majlis untuk membuat kaedah-kaedah mengenai zakat dan fitrah.

(1) Yang di-Pertua Negeri, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta membuat kaedah-kaedah berkenaan dengan dan mengawalselia semua perkara yang berkaitan dengan pemungutan, pentadbiran dan pengagihan zakat dan fitrah.

(2) Khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan mengenai-
(3) Undang-Undang Zakat dan Fitrah, 1966 [Swk. L.N. 94/66] yang dibuat di bawah Undang-Undang Mahkamah Syariah [Jld. VIII ms 673] hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah seksyen ini dan hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang ia tidak berlawanan dengan Ordinan ini, sehinggalah ia dibatalkan atau digantikan dengan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.