ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 2002
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 14. Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh ialah qarinah.
Fakta yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan tubuh atau perasaan tubuh, ialah
qarinah
apabila kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau relevan.
Huraian 1—
Sesuatu fakta yang relevan sebagai menunjukkan kewujudan suatu keadaan akal fikiran yang relevan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubungan dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.
Huraian 2—
Jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya ialah
qarinah
dalam pengertian seksyen ini, maka sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi
qarinah.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada
A
bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap isterinya
B.
Pencurahan perasaan mereka terhadap satu sama lain sejurus sebelum atau selepas penganiayaan yang dikatakan itu ialah
qarinah.
(b) A
dibicarakan kerana suatu jenayah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan niat hendak melakukan jenayah tertentu itu ialah
qarinah.
Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu bukanlah
qarinah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.