ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 42. Kes khas.

(1) Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaganya yang sah, jika ada, atau kepada orang yang dengannya orang yang tidak berkeupayaan itu tinggal atau di bawah jagaannya. Mahkamah boleh memerintahkan bahawa penyampaian kepada orang yang tidak berkeupayaan itu hendaklah disifatkan sebagai penyampaian yang sempurna.

(2) Penyampaian kepada seorang yang ditahan di dalam penjara itu yang hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu yang hendaklah menyampaikannya kepada orang tersebut.

(3) Penyampaian kepada mana-mana ahli Angkatan Tentera adalah sempurna jika dibuat kepada pegawai pemerintah atau ajutan unitnya yang hendaklah menyampaikannya pula kepada anggota tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.