ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENYIASATAN KESALAHAN
BAB VI - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA MENYIASAT



Seksyen 55. Prosedur jika kesalahan boleh tangkap disyaki.

Jika daripada maklumat yang diterima atau selainnya seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama ada sebab untuk mengesyaki perlakuan sesuatu kesalahan boleh tangkap maka dia hendakIah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang telah diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie sebagai tidak perlu dilaporkan kepadanya, dengan segera menghantarkan suatu laporan mengenainya kepada Ketua Pendakwa Syarie, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai bawahannya pergi ke tempat di mana kesalahan itu dilakukan untuk menyiasat fakta-fakta dan hal keadaan kes itu dan untuk mengambil langkah-Iangkah yang perlu bagi mendapatkan pesalah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.