ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB 2 - PERINTAH INTERIM



Seksyen 200. Injunksi.

(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, sebelum atau selepas pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan dalam saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam keadaan yang mendesak.

(3) Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi padat-

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (3), dalam mana-mana prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis, Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi tetapi sebagai ganti boleh membuat suatu perintah mengisytiharkan hak pihak-pihak dalam kausa atau perkara itu.

(5) Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau apa-apa perintah terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau pegawai Majlis jika kesan injunksi atau pembuatan perintah itu ialah memberikan relief yang tidak mungkin boleh didapati olehnya dalam prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.