ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Waran Tangkap



Seksyen 33. Mahkamah boleh arahkan catatan di atas waran jaminan yang akan diambil.

(1) Mana-mana Mahkamah yang mengeluarkan waran untuk menangkap sesiapa jua bolehlah, menurut budi bicaranya, mengarahkan dengan catatan di atas waran itu bahawa jika orang tersebut melaksanakan satu bon dengan penjamin untuk memastikan kehadirannya di hadapan Mahkamah pada masa yang ditetapkan dan sehingga diarahkan sebaliknya oleh Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil jaminan tersebut dan hendaklah membebaskan orang tersebut dari tahanan.

(2) Catatan itu hendaklah menyebutkan-



(3) Apabila jaminan diambil di bawah seksyen ini pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengemukakan bon itu kepada Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.