ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN
Seksyen 40. Penceraian dengan talak, perintah atau shiqaq.
(1) Seorang suami atau isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan dan disertai dengan suatu ikrar yang hendaklah mengandungi yang berikut-
(
a
) butir-butir mengenai pernikahan antara pihak-pihak itu dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, dari pernikahan itu;
(
b
)
butir-butir mengenai fakta-fakta memberi bidangkuasa kepada Mahkamah;
(
c
)
butir-butir mengenai sesuatu perbicaraan yang dahulu mengenai hal-ehwal suami-isteri antara pihak-pihak itu jika ada;
(
d
)
alasan untuk perceraian;
(
e
)
pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;
(
f
)
apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah bagi isteri atau anak-anak, jika ada, dari pernikahan itu, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak itu, dan pembahagian apa-apa harta yang diperolehi melalui usaha bersama pihak itu, jika ada, atau jika tiada perjanjian, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu; dan
(
g
)
butir-butir mengenai perintah yang diminta.
(
h
)
lain-lain hal.
(2) Selepas menerima permohonan itu Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan dan ikrar yang dibuat oleh pemohon dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.
(3) Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuashati selepas penyiasatan yang wajar bahawa syiqaq telah berlaku Mahkamah hendaklah menasihatkan suami melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.
(4) Jika si suami melafazkan satu talaq Mahkamah hendaklah mencatitkan hal ini di dalam Sijil dan kemudiannya menghantarkan satu salinan catitan itu yang diperakui kepada Pendaftar dan Ketua Pendaftar yang berkenaan untuk didaftarkan.
(5) Sesuatu talak rajii yang dilafazkan oleh suami, melainkan dirujuk lebih awal, sama-ada dengan nyata atau sebaliknya atau oleh suatu perintah Mahkamah, tidak boleh berkuatkuasa menamatkan pernikahan sehingga tamat tempoh iddah.
(6) Jika isteri hamil pada masa talak itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talak atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa menamatkan pernikahan sehingga berakhir tempoh kehamilan itu.
(7) Tiada apa-apa dalam seksyen ini boleh menghalang seorang isteri yang telah ditamatkan pernikahannya dengan talak yang berkuatkuasa di bawah seksyen ini dari bernikah semula dengan suami yang sama tanpa bernikah dengan seorang lain terlebih dahulu, melainkan jika penamatan itu berkuatkuasa sedemikian pada kali ketiganya.
(8) Jika suami mentalakkan isterinya yang belum disetubuhi, talak itu akan berkuatkuasa selepas sahaja dilafazkan.
(9) (i) Jika Mahkamah tidak dapat menasihati mana-mana pihak mencapai perdamaian atau berpuashati bahawa syiqaq sentiasa berlaku antara pihak kepada suatu pernikahan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syarak dua orang hakam, untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu. Pada membuat perlantikan itu, Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak berkenaan yang tahu akan hal keadaan kes itu.
(ii) Mahkamah itu boleh memberi arahan kepada hakam berkenaan cara menjalankan suluh dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan itu dan mengikut Hukum Syarak. Jika mereka tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak berpuashati dengan cara mereka menjalankan suluh itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik hakam lain sekali lagi sahaja bagi menggantikan mereka.
(iii) Perlantikan hakam yang kedua kali ini hendaklah dibuat sama ada pihak suami atau isteri itu bersetuju atau tidak dengan perlantikan tersebut.
(iv) Hakam yang dilantik buat pertama kali hendaklah berusaha mendapat kuasa penuh daripada prinsipal masing-masing-
(
a
) jika hakam bagi suami, untuk melafazkan talak atau menerima tebusan, dan
(
b
)
jika ia hakam bagi isteri untuk menerima talak atau membayar tebusan,
dan mana-mana satu tindakan yang diambil, hendaklah dibuat di hadapan Mahkamah yang akan merekodkan tindakan tersebut sewajarnya dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakuinya kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
(v) Jika hakam melaporkan bahawa percerian secara talak atau tebus talak telah dipersetujui hakam hendaklah melaporkan kepada Mahkamah dan Mahkamah hendaklah merekod perkara ini sewajarnya.
(vi) Jika hakam melaporkan bahawa pihak-pihak itu patut diceraikan tetapi tidak dapat memerintahkan suatu perceraian oleh kerana suluh telah gagal, Mahkamah hendaklah memerintahkan suatu perceraian yang berupa satu talak sahaja dan merekodkan printah itu.
(10) Mana-mana orang atau peguam tidak boleh hadir atau tidak bertindak bagi mana-mana pihak dalam sesuatu suluh dihadapan hakam selain daripada seorang ahli keluarganya yang karib kepada pihak itu tanpa kebenaran hakam itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.