ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

(1) Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain-

"'aqil" ertinya sempurna akal;

"baligh" ertinya telah cukup umur mengikut Undang-Undang Islam;

"bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk qarinah;

"dokumen" ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan-

atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

MISALAN

"fakta" ertinya dan termasuklah-

MISALAN

"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding semestinya dapat disimpulkan;

MISALAN

"filem" ertinya dan termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;

"Hakim" ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen 4, 5, 6 atau 8 Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"keterangan" adalah termasuk-

"komputer" ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau berturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, ia hendaklah dikira sebagai komputer tunggal:

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibentuk di bawah seksyen 3 Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofilem;

"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 28 Ordinan Mahkamah Syariah, 2001 [Bab 42];

"qarinah" ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Ordinan ini;

"saksi" tidak termasuk plaintif, defendan atau orang tertuduh;

"syahadah" ertinya apa-apa keterangan Mahkamah dengan menggunakan lafaz "asyhadu" untuk membuktikan sesuatu hak atau kepentingan;

"Undang-Undang Islam" ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis;

"'urf" ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.

(2) Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Ordinan ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.