ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN III - PENUBUHAN MAHKAMAH-MAHKAMAH, PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN BIDANGKUASA MEREKA
Seksyen 46. Kuasa Mahkamah Ulangbicara dalam pembicaraan.
Dalam mana-mana Ulangbicara, Mahkamah Ulangbicara berkuasa -
(a) Dalam mana-mana perkara jenayah, mengesahkan atau membatalkan perintah pembebasan atau hukuman didapati salah, menambah atau mengurangkan hukuman penjara atau denda atau memerintahkan dibicarakan semula;
(b) Dalam mana-mana perkara mal, mengesahkan, mangubahkan atau meminda apa-apa hukuman, arahan, perintah atau keputusan Mahkamah, menjalankan apa-apa kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamah yang membicarakannya atau memerintahkan dibicarakan semula.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.