ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV - SAMAN
Waran Tangkap



Seksyen 31. Bentuk waran tangkap.

(1) Tiap-tiap waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini hendaklah secara bertulis di dalam Borang 3 dalam Jadual dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi materai Mahkamah.

(2) Tiap-tiap waran tersebut hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.