ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II - PEMBUKTIAN
BAB 3 - Fakta-fakta yang tidak perlu dibuktikan



Seksyen 44. Fakta yang mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut-
(2) Dalam segala hal itu, dan juga mengenai segala perkara berkenaan dengan seni, sains, sastera atau tawarikh awam, mahkamah bolehlah mendapatkan bantuan dari buku atau dokumen rujukan yang sesuai.

(3) Jika mahkamah diminta oleh sesiapa supaya memberi pengiktirafan kehakiman berkenaan dengan apa-apa fakta, maka mahkamah boleh menolak daripada berbuat demikian itu melainkan dan sehingga orang itu menunjukkan buku atau dokumen sebagai mana yang difikirkan perlu bagi membolehkan mahkamah berbuat demikian itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.