ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN VIII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 152. Khalwat.

(1) Mana-mana orang Islam yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi atau bercumbu-cumbu di mana-mana tempat yang mendatangkan syak dengan seorang yang bukan mohrimnya adalah melakukan kesalahan Khalwat dan jika sabit kesalahannya boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Barangsiapa lelaki Islam yang bersekedudukan sebagai suami isteri dengan mana-mana perempuan yang tidak harus nikah dengannya mengikut Hukum Syarak atau didapati bersekediaman dan bersekedudukan yang mendatangkan syak dengan perempuan itu adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit kesalahannya hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti disebut di bawah seksyen-kecil (1) seksyen ini.

(3) Mahkamah boleh memerintahkan bahawa seorang perempuan yang telah didapati bersalah atas satu kesalahan menurut seksyen ini hendaklah dihantar kepada mana-mana rumah kebajikan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tempoh tidak lebih dari enam bulan bagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.