ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PERBICARAAN JENAYAH



Seksyen 80. Saman dan waran.

(1) Apabila menerima pengaduan bahawa satu kesalahan telah berlaku yang di dalam kuasanya membicarakan, maka Mahkamah itu boleh mengeluarkan saman kepada orang yang dituduh supaya dia hadir di Mahkamah itu pada masa dan tempat yang ditentukan.

(2) Saman itu hendaklah menyebutkan jenis kesalahan yang dipertuduhkan dan seksyen di dalam Enakmen ini di bawah mana kesalahan itu boleh dihukum.

(3) Jika orang yang dituduh tidak mematuhi satu saman yang telah disampaikan kepadanya atau jika kesalahan itu satu kesalahan yang boleh dihukum dengan penjara dan ada sebab-sebab yang boleh memberi kepercayaan bahawa saman itu tidak akan memberi kesan oleh sebab yang dituduh itu tidak dapat dicari atau ada kemungkinan ia tidak mematuhi saman itu Mahkamah boleh mengeluarkan waran kepada Ketua Polis dan juga kepada lain-lain Pegawai Polis di dalam Negeri itu meminta mereka itu menangkap orang yang dituduh itu dan mengemukakan ia di hadapan Mahkamah. Waran itu hendaklah mengandungi butir-butir yang disebutkan di dalam seksyen-kecil (2) seksyen ini. Orang yang dituduh itu hendaklah ditangkap dan dibawa ke dalam Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.