ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984


JADUAL PERTAMA - Borang 34.

(Seksyen 204)

PERINTAH UNTUK PELAKSANAAN TERHADAP WASI

(Kepala)

(Bahagian Permulaan sebagaimana dalam Borang 16)

Dengan ini diperintahkan bahawa bailif Mahkamah telah melaksanakan penghakiman tersebut:
perintah

(1) dengan melevikan amaun yang kena dibayar itu dengan penyitaan dan penjualan harta alih yang mana ditentukan oleh atau bagi pihak A.B. sebagai harta kepada arwah dalam kawalan E.F. pihak C.D. sebagai wasi wasiatnya (atau pentadbiran ladang) arwah tersebut untuk ditadbirkan;

(2) dan jika C.D. tersebut tidak ada secukupnya dalam kawalannya untuk ditadbir, kemudian sebagaimana berkenaan dengan wang berjumlah $ ....... (dengan adanya jumlah amaun penghakiman sebagaimana yang diperintah untuk dilevi daripada harta daripada C.D. tersebut) dengan faedah itu, dengan penyitaan(2) dan penjualan harta alih yang akan ditentukan oleh atau bagi pihak A.B. sebagai kepunyaan C.D.

(sambungan sebagaimana dalam Borang 16)

____________________________________________
NOTA:

(1) Atau apa jua acara pelaksanaan yang dikehendaki.

(2) Perintah mestilah di dalam tiap-tiap kes berbeza-beza antara amaun yang diperintah untuk dibayar daripada harta arwah dan amaun yang diperintahkan untuk dibayar daripada harta diri wakil diri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.