ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN X - PERUNTUKAN AM
Seksyen 51. Penentusahan surat cara oleh Mahkamah.
Jika pada pendapat Majlis makna atau kesan mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf adalah samar-samar atau tidak jelas, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah bagi mendapatkan keputusannya mengenai makna dan kesan tersebut dan Majlis hendaklah bertindak menurut apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.