BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN
(2) Jika tuntutan terhadap bapa yang disangkakan, tuntutan itu hendaklah dibawa dalam Mahkamah Majistret yang mana boleh memerintahkan bapa itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.
(3) Elaun bulanan di bawah seksyen ini hendaklah kena dibayar dari tarikh bermulanya kecuaian atau keengganan menanggung nafkah itu atau dari sesuatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.