ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 62. Butir-butir.

(1) Jika mana-mana surat guaman tidak mengandungi butir-butir yang cukup, Mahkamah boleh dengan sendirinya atau atas permohonan mana-mana pihak memerintah pihak yang bertanggungjawab untuk memfail dan menyebab disampaikan butir-butir lanjut dan lebih baik, dan boleh menggantung semua tindakan sehingga perintah itu dipatuhi, dan boleh jika gagal mematuhi, memerintah supaya tindakan atau tuntutbalas dibuang atau supaya pihak kena tuntut atau pihak kena tuntut kepada tuntutbalas dihalang daripada membela tindakan atau tuntutbalas itu, yang mana berkenaan.

(2) Butir-butir lanjut dan lebih baik boleh difail dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.