ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN III - PERKAHWINAN DAN PENDAFTARAN



Seksyen 41. Anggapan mati.


(1) Jika suami seseorang isteri telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tujuh tahun ke atas dalam hal keadaan yang sebegitu hingga ia patut, bagi maksud membolehkan isterinya berkahwin semula, dianggap megikut Hukum Syarak sebagai telah mati, tetapi perakuan kematian di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, tidak dapat diperolehi, Mahkamah boleh, atas permohonan isterinya dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar mengeluarkan Sijil Cerai Mati dalam Borang 5F sebagai suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan kemudian daripada itu adalah bebas berkahwin semula mengikut peruntukan-peruntukan Enakmen ini, dan perakuan itu hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami itu dalam erti seksyen 15 (4) (b).

(2) Dalam hal keadaan yang tersebut di atas, seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwin semula tanpa suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen-kecil (1) walaupun Mahkamah Tinggi mungkin telah memberi kebenaran menganggap suami itu telah mati.

(3) Sijil yang dikeluarkan di bawah seksyen-kecil (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah Sijil itu telah mewujudkan perceraian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.