ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA UGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 62. Penggeledahan oleh Penyelia Ugama.


(1) Apabila seseorang Penyelia Ugama yang membuat penyiasatan memikirkan bahawa apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu bagi menjalankan penyiasat dan ada sebab mempercayai bahawa orang yang kepadanya saman atau perintah di bawah seksyen 41 itu telah atau mungkin dikeluarkan tidak akan atau tidak mungkin menunjukkan dokumen atau benda lain itu sebagaimana diarahkan dalam saman atau perintah itu atau apabila dokumen atau benda lain itu tidak diketahui ada dalam milik mana-mana orang, maka pegawai boleh menggeledahan dibuat untuk mendapatkan dokumen atau benda itu di mana-mana tempat.

(2) Pegawai tersebut hendaklah, jika boleh menjalankan penggeledahan itu sendiri.

(3) Jika dia tidak berupaya menjalankan pengeledahan itu sendiri dan tiada seorang lain yang layak membuat penggeledahan itu hadir pada waktu itu, dia boleh meminta mana-mana pegawai bawahannya membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah bertulis menyatakan dokumen atau benda lain yang hendak dicari itu dan tempat yang hendak digeldah itu dan pegawai bawahan itu bolehlah kemudiannya menggeledah barang tersebut di tempat yang disebutkan.

(4) Peruntukan-peruntukan Enakmen ini mengenai waran-waran penggeledahan hendaklah, setakat mana yang boleh dipakai kepada penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.