ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 11. Bila fakta boleh menjadi qarinah.

Fakta menjadi qarinah -

(a)
jika ia tak konsisten dengan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan;

(b)
jika dengan sendirinya atau berhubung dengan fakta lain ia menjadikan kewujudan atau ketakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan sangat mungkin atau tak mungkin.

MISALAN

(a)
Soalnya ialah sama ada A. telah melakukan jenayah di Johor Bahru pada satu hari tertentu.

Fakta bahawa pada hari itu A. berada di Johor Bahru adalah
qarinah.

Fakta bahawa pada waktu yang hampir waktu jenayah dilakukan, A. berada jauh dari tempat jenayah itu dilakukan, yang mana boleh menjadikannya sangat tidak mungkin, walaupun tidak mustahil, bahawa ia telah melakukannya adalah
qarinah.

(b)
Soalnya ialah sama ada A. telah melakukan suatu jenayah.

Hal keadaannya adalah sedemikian bahawa jenayah itu tentu sekali telah dilakukan oleh salah seorang daripada A., B., C., atau D. Tiap-tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak boleh dilakukan oleh sesiapa lain dan bahawa ia tidak dilakukan oleh sama ada B., C. atau D. adalah
qarinah.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.