ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XIX
Prosiding Mengenai Beberapa Kesalahan Berkenaan Pentadbiran Keadilan.



Seksyen 177. Rayuan.

(1) Seseorang yang telah dihukum oleh Mahkamah Rendah Syariah di bawah Bab ini boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Peruntukan Bab XVI hendaklah, setakat yang sesuai, terpakai kepada rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah Tinggi Syariah boleh mengubah atau membatalkan keputusan atau meringankan, mengubah atau membatalkan hukuman yang dikenakan.

(3) Peruntukan Bab XVIII juga hendaklah dipakai kepada semua tindakan oleh seorang Hakim di bawah Bab ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.