ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVIII - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 157. Kebenaran untuk pihak-pihak hadir.

Mana-mana pihak tidaklah mempunyai hak untuk didengar sama ada oleh dirinya atau oleh peguam, di hadapan Mahkamah Rayuan atau Kadi Besar sewaktu menjalankan kuasa penyemakannya :

Dengan syarat bahawa Mahkamah Rayuan atau Kadi Besar boleh, jika difikirkan patut, apabila menjalankan kuasanya mendengar mana-mana pihak, sama ada oleh dirinya sendiri atau oleh peguam dan tiada apa-apa di dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh seksyen-kecil (2) daripada seksyen yang terdahulu daripada seksyen ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.