ORDINAN 47 TAHUN 2001
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Penghakiman Mahkamah menjadi Qarinah.



Seksyen 32. Fraud atau pakat sulit dalam mendapatkan penghakiman atau ketakkompetenan Mahkamah boleh dibuktikan.

Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang ialah qarinah di bawah seksyen 28, 29 dan 30, dan yang telah dibuktikan oleh pihak menentang, telah diumumkan oleh Mahkamah yang tak kompeten mengumumkannya atau telah didapati dengan cara fraud atau pakat sulit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.