ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 165. Majlis sebagai pemegang amanah.

(1) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara yang bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi kesemua masjid dalam Negeri ini dan tiap-tiap masjid, bersekali dengan harta takalih yang di atasnya terdiri masjid itu atau yang berhubung dengannya dan digunakan maksud-maksud masjid itu, kecuali tanah Kerajaan atau tanah yang disimpan bagi satu-satu maksud awam, hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terletakhak pada Majlis dan dikawal oleh Pesuruhjaya.

(2) Mana-mana tanah yang terletakhak pada Mailis menurut subseksyen (1) atau kemudiannya menjadi terletakhak yang sebegitu hendaklah didaftarkan dengan nama Majlis setelah Pentadbir Tanah berpuas hati sebagaimana cara yang diperuntukkan dalam seksyen 144.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.