ENAKMEN 2 TAHUN 1990
ENAKMEN TAFSIRAN (PENERIMAAN-PAKAI BAHAGIAN III AKTA-AKTA TAFSIRAN 1948 DAN 1967) 1990


Mukadimah
BETA BERSETUJU,



HAJI AHMAD SHAH,
Sultan Pahang
(MOHOR KERAJAAN)
19hb April 1990

Suatu Enakmen untuk menerima-pakai Bahagian III Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 di dalam Negeri.

[ ]

BAHAWASANYA Parlimen, menurut Perkara 76 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan, telah membuat suatu undang-undang mengenai tafsiran undang-undang bertulis Negeri-negeri Malaysia Barat, untuk meringkaskan bahasa yang digunakan di dalamnya, untuk perkara-perkara yang pada amnya berhubungan dengannya dan untuk maksud-maksud lain seumpamanya:

DAN BAHAWASANYA undang-undang itu tidak boleh, menurut Perkara 76 (3) Perlembagaan Persekutuan, berkuatkuasa di mana-mana Negeri sehingga ia telah diterima-pakai melalui undang-undang yang dibuat oleh badan Perundangan Negeri itu:

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh badan Perundangan Negeri Pahang seperti berikut:




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.