ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 125. Pesalah belum mukallaf.

(1) Jika mana-mana pesalah belum mukallaf disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah kerana apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau penjara, Mahkamah itu boleh menggantikan hukuman penjara kerana gagal membayar denda atau hukuman penjara dengan -

(2) Mahkamah di mana pesalah belum mukallaf itu disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan di dalam seksyen ini, mengenakan denda ke atas ibubapa atau penjaganya tidak melebihi lima ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas, berpuashati bahawa ibubapa atau penjaga itu dengan sebab kecuaian mereka untuk menjaganya dengan baik atau sebab lainnya, telah menyebabkan pesalah itu berkelakuan buruk:

Dengan syarat bahawa ibubapa atau penjaga itu tidaklah boleh didenda tanpa ianya diberi peluang untuk membela dirinya dan (jika dia mahu) memberikan keterangan di dalam pembelaannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.