ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 1985

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN



Seksyen 8. Umur minimum untuk perkahwinan.

Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikah atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syar'iah telah memberi kebenaran secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.