ENAKMEN 8 TAHUN 1983
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1983

BAHAGIAN VI - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 110. Menyalah ambil gunakan harta isteri.

(1) Seseorang suami yang dengan sengaja mengambil, mengguna atau menyalah ambil guna harta isterinya tanpa kebenaran isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Apabila tersabit kesalahan maka Mahkamah bolehlah memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang disalahgunakan atau disalah ambil gunakan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.