ENAKMEN 7 TAHUN 1983
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI SEMBILAN 1983

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 134. Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

(1) Yang di-Pertuan Besar, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah untuk mengawal amalan dan acara dalam semua perbicaraan hal-ehwal suami-isteri di bawah Enakmen ini mengikut sebagaimana yang difikirkannya bermanfaat dan kaedah-kaedah untuk menetap dan mengawal fee dan kos yang kena dibayar dalam semua perbicaraan itu; tertakluk kepadanya itu, semua perbicaraan di bawah Enakmen ini hendaklah dikawal oleh amalan dan acara Mahkamah yang ditetapkan oleh Undang-undang Pentadbiran, setakat mana amalan dan acara itu tidak berlawanan dengan Enakmen ini.

(2) Mengenai perkara amalan dan acara dalam perbicaraan hal ehwal suami-isteri yang tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini atau dalam apa-apa kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini atau dalam Undang-undang Pentadbiran, Mahkamah boleh memakai apa-apa amalan dan acara yang difikirkannya wajar bagi mengelakkan ketidakadilan dan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang dipersoalkan antara pihak-pihak.

(3) Yang di-Pertuan Besar atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Enakmen ini dan, tanpa menyentuh keluasan yang tersebut itu, kaedah-kaedah itu boleh mengadakan peruntukan-peruntukan bagi----




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.